Pergilah sayang
Sayang.......
Cinta kita dah berakhir . Kenangan kita dah musnah . Sayang kita dah hancur .
Saya biarkan awak pergi bukan sebab saya tak sayangkan awak tapi sebab saya bagi awak peluang mencintai perempuan lain . Merasakan kebahagian yang lain .
Saya bukan tak mampu nak tahan semua nie tapi saya sedar apa sekali pun saya buat , takkan bermakna bagi awak .
Jujur saya cakap , perasaan benci tak pernah ada dalam hati saya untuk awak .
Sekejam mana awak seksa saya , saya tetap tersenyum .
Saya rindu senyum awak
Saya rindu suara gedik awak
Saya rindu nak gaduh dengan awak
Saya tak boleh undurkan masa . Saya dah lali dengan semua nie . Keputusan saya tetap sama .
Saya tetap akan pergi walaupun saya terpaksa . Lupakan saya . Lupakan semua kenangan yang kita bina . Walaupun hati saya sakit bagai dihiris , percayalah masih ada lagi kemaafan untuk awak . Pengorbanan saya tak ada maknanya bagi awak tapi keikhlasan saya mencintai awak tak pernah berakhir . Saya yang depan mata awak , langsung awak tak pandang . Kebahagian yang belum tentu jadi milik awak jugak yang awak kejar .
Hampir 2 bulan kita dalam genggaman masalah , bila Tuhan turunkan kebahagiaan walaupun sedikit , dugaan tuh datang . Semuanya terbukti . Tuhan tunjukkan semuanya . Baru saya tahu kenapa saya risau bila awak jauh dengan saya .
Wahai hati , tabahlah . Wahai air mata , jangan kau berlinangan .
Wahai cinta , terima keikhlasan aku untuk melepaskannya . Wahai iman , kuatlah dengan semua dugaan ini . Wahai takdir , jika ini yang tertulis , aku terima kerana aku tahu ada hikmah disebalik semua ini .
Jika dulu saya menerima kehadiran awak dengan seikhlas hati , maka sekarang saya harus melepaskan awak dengan seikhlas hati .
Semoga bahagia sayang . Pergilah mencari kisah cinta yang baru . Lupakan kisah cinta yang dah lama tak bersemi .
Sedarlah sayang bukan senang nak jumpe orang yang mencintai kita dengan apa saje kekurangan kita .
Kalau terima lelaki lain dalam hidup saya yang boleh buat saya lupakan awak , saya akan cuba . Kalau saya mencintai orang lain tak semestinya saya melupakan awak :) Awak carilah seorang perempuan yang boleh jaga hati awak bukan melukakan hati awak . Saya masih dalam keadaan terpaksa terima semua nie . Saya tahu satu hari nanti Tuhan akan bukak pintu hati awak . Tuhan akan sedarkan awak . Cuma masa tak mengizinkan semua nie . Yea saya tahu awak layak untuk terima yang jauh lebih baik . Saya dan awak berhak bahagia dengan cara masing-masing . Saya pergi tanpa dendam tapi saya pergi bawa kelip-kelip awak . Saya doakan awak . Awak dah mengajar saya apa itu kesabaran . Dan sekarang saya dah kuat dengan semua dugaan nie . Saya yakin awak lebih kuat dari saya :) Maafkan saya atas semua kesilapan saya . Maafkan saya tak mampu jadi pelengkap kekurangan awak . Maafkan saya berhenti sampai disini . Maafkan saya tak pertahankan awak . Maafkan saya atas kelukaan yang pernah awak alami dulu . Maafkan saya gagal jadi yang KITA impikan selama nie . |
Owner
Round of applause
|